Oleh
: Cikgu Zura
Perbincangan mengenai keruntuhan akhlak
remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi
mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.
Berikut beberapa
saranan:
1. Ibu bapa memainkan peranan mereka
Peranan ibu bapa adalah amat penting
dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan
anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yangmempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa
hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak.
2. Pendekatan akademik.
Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah.
Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Kaunseling
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.
terima kasih..boleh buat rujukan...
ReplyDeletetq
ReplyDeleteTQ
ReplyDeleteTq..
ReplyDeleteTq..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteBorgata's new hotel rooms - Dr.CMD
ReplyDeleteBorgata's new hotel rooms. 속초 출장마사지 Borgata's 원주 출장안마 Borgata Hotel is a two-story high-rise, two-story, 1,900-room high-rise 세종특별자치 출장안마 building in Atlantic 평택 출장마사지 City, New 서산 출장마사지 Jersey