Permulaan Bicara

Monday 23 April 2012

PETIKAN AKHBAR: Gadis remaja masa kini mudah terjebak masalah sosial


KUALA LUMPUR: Pemahaman gaya hidup baru yang dianggap moden dengan pergaulan tanpa batasan dan pengaruh budaya barat tanpa tahu membezakan mana yang baik dan buruk adalah punca keruntuhan moral di kalangan gadis remaja kini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah.
“Kurangnya nilai-nilai murni dalam diri remaja itu menyebabkan punca keruntuhan moral.
“Kurangnya didikan agama juga merupakan punca gadis remaja kini senang terjerumus dalam masalah sosial seperti dadah, maksiat, dan menjalin hubungan songsang,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama mendapati kalangan remaja berpendapat hubungan erat dan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak perempuan amat penting bagi mengelakkan anak mereka terpedaya dengan teman lelaki dan kenalan baru.

Nadyra Zaidi, 19, berkata gadis remaja perlu berhati hati dengan lelaki dan tidak terlalu percayakan lelaki

“Sebagai seorang perempuan tidak perlu ikut perasaan dan perlu pandai berfikir mana yang baik dan buruk…lelaki sekarang bukanlah sebaik yang disangka-sangkakan,” katanya
Kakitangan awam Suryati Wangiman, 24, berpendapat perempuan cepat mempercayai lelaki kerana sifat lelaki yang pandai mengambil hati perempuan.

“Pada masa yang sama perempuan cepat jatuh hati dan menyayangi lelaki, mungkin lelaki menjanjikan sesuatu kepada perempuan itu sehingga sanggup menyerah maruah diri yang amat berharga,” katanya.

Pelajar Muhammad Syabil Sukri, 15, berpendapat ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak supaya tidak terjerumus ke dalam gejala ini.

Kakitangan awam Norsheeda Din, 24, berkata pendidikan agama sangat penting dan media massa perlu memainkan peranan dalam memaparkan tentang betapa pentingnya maruah seseorang wanita agar mereka tidak sewenang-wenangnya menggadaikan maruah begitu sahaja.

Ahmad Riduan Abdullah, 28, pula berpendapat remaja perempuan kini berhadapan dengan keadaan yang bahaya kerana banyak kes pembunuhan, lari rumah dan kes rogol.

“Remaja kini mudah terpedaya dengan lelaki yang baru dikenali…mereka juga kurang didikan agama…tidak malu berpeluk dan bercium di tempat umum dengan berpakaian menjolok mata.

“Mereka mudah sangat melayan lelaki, apabila lelaki menghadiahkan barangan berjenama dan bagi duit belanja mereka mudah melabelkan lelaki terbabit baik,” katanya.

Ahmad Riduan berkata, peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak perempuan supaya mereka mengambil tindakan berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kesopanan supaya lelaki lebih menghormati mereka.

“Ibu bapa juga perlu ambil berat tentang masalah anak-anak supaya mereka akan mencari ibu bapa mereka sendiri daripada mencari lelaki untuk menyelesaikan masalah dan ia dapat mengelakkan anak gadis mereka dari terjerat atau terhutang budi”.

Beliau berkata ada juga ibu bapa terlalu memanjakan anak perempuan mereka dan percayakan seratus peratus kepada teman lelaki anaknya sehingga mereka tidak sedar anak mereka dalam bahaya.

Guru sekolah menengah, Norazimah Salleh, 25, berpendapat pelajar perempuan sekolah kini terlalu terpengaruh dengan bahan bacaan novel berunsur cinta.

“Cerita-cerita cinta dalam novel juga boleh mempengaruhi gadis remaja hanyut dibuai perasaan.

“Masalah remaja ini juga berpunca daripada masalah dalaman diri mereka sendiri kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang sudah ada teman lelaki,” katanya

Norazimah berkata, segelintir remaja bermasalah ini sanggup mengadai maruah diri semata-mata untuk kebendaan dan daripada segi sudut psikologi ada antara mereka ini kekurangan kasih sayang dan perhatian keluarga.

“Gadis remaja ini ingin mencuba rasa disayangi, dibelai oleh kenalan,” dan menurutnya sebab itu ibu bapa perlu ambil tahu setiap pergerakan anak perempuan mereka walaupun sibuk bekerja. 

sumber:  BERNAMA

Sunday 22 April 2012

suara pendapat: Menangani gejala sosial

Pandangan dan pendapat oleh: Muhamad Razak Idris


(Berikut ialah laporan temubual oleh wartawan dari akhbar atas talian malaysiaharmoni.com yang meminta pandangan saya berhubung peningkatan jumlah anak yang dilahirkan tidak sah taraf perkahwinan). 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menganggap jumlah 17,303 anak luar nikah Melayu yang didaftarkan sepanjang tahun 2009 seperti mana yang didedahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai angka yang menggerunkan.  Justeru, selain peranan ibu bapa memastikan pendidikan agama yang berterusan untuk anak-anak, masyarakat perlu mula memikirkan bagaimana proses perkahwinan boleh dipermudah bagi menggalakkan ikatan yang sah antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Bagi menyokong hasrat tersebut, ABIM bercadang untuk membudayakan trend ‘perkahwinan beramai-ramai’ sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Presidennya, Muhamad Razak Idris, ketika dihubungi oleh Malaysia Harmoni berkata, sebelum ini memang ada usaha pihak-pihak tertentu melangsungkan perkahwinan secara berkelompok ini. Bagaimanapun, ia tidak menjadi budaya dan hanya terhenti setakat itu sahaja. ABIM bercadang untuk mempopularkan kembali tradisi ini dan melaksanakannya secara lebih sistematik.  ”Perkara ini memang telah ada dalam perancangan kita. Dengan pengumuman yang dibuat oleh JPN itu nampaknya perancangan tersebut perlu disegerakan pelaksanaannya sebagai sokongan kepada belia yang sudah cukup syarat untuk mendirikan rumahtangga.


“Insya-Allah, satu jawatankuasa di bawah program pembangunan keluarga akan dibentuk. Kita akan memohon kerjasama daripada Pusat Zakat dan Jabatan Agama, dan akan cuba mendapatkan penajaan daripada syarikat- syarikat serta Majlis Agama,” kata Muhamad Razak.  Menurutnya lagi, ABIM menawarkan diri untuk mencari dan mengumpulkan bakal pengantin. Mereka yang berminat akan didaftarkan sebagai peserta program perkahwinan beramai-ramai ini. Sehubungan dengan perkara tersebut, beliau berharap akan dapat bekerjasama dengan pihak media untuk menghebahkan perkara ini kepada masyarakat.

“Kita serius untuk menjadikan perancangan ini satu kenyataan. Di samping menjimatkan belanja, ia satu usaha yang menarik dan paling penting, mempermudah proses perkahwinan. Ada antara pemuda yang berhasrat menamatkan zaman bujang terpaksa menangguhkan niatnya kerana belanja hantaran perkahwinan yang tinggi. Insya-Allah, kita harap pelancaran program ini dapatdilakukan menjelang cuti persekolahan panjang pada akhir tahun ini,” katanya penuh optimistik.

Langkah ini adalah sebagai satu cara untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja dan belia. Bagaimanapun, masyarakat perlu terus memainkan peranan dalam menangani golongan yang tidak mahu berkahwin, hanya mahu berseronok dan tidak faham akan tujuan hidupnya. Pada Ahad lalu, sebuah portal media perdana melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim bahawa sepanjang tahun 2009 sahaja terdapat 17,303 anak luar nikah berbangsa Melayu/Islam yang didaftarkan di JPN. Katanya, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya (16,541), manakala pada 2007 jumlahnya seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan lagi dalam tempoh lima tahun lalu, sejumlah 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam. Jumlah itu pula tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes-kes yang tidak dilaporkan.

Mengulas laporan tersebut, Muhammad Razak berkata, ia adalah manifestasi realiti institusi kekeluargaan negara pada masa sekarang. Walaupun dari satu sudut, kesedaran penghayatan Islam dilihat meningkat, namun di sudut lain nilai kesedaran itu menjunam dalam masa yang sama, atau dalam istilah akademiknya disebut berlaku paradoks.  Kepincangan ini adalah kesan yang terpaksa diterima dalam era dunia terbuka atau globalisasi kini.

“Yang lebih menakutkan, masalah (melahirkan anak luar nikah) ini berlaku dalam kalangan belia. Bagaimana keadaannya 20 tahun akan datang? Kita takut akan berlaku perkara-perkara yang tidak baik kepada anak-anak lantaran banyaknya institusi keluarga yang tidak kukuh. Jadi ABIM berpendapat, penting untuk kita melihat semula proses pemupukan nilai dan kesedaran agama untuk golongan remaja dan pelajar,” katanya.

Sebagai sebuah pertubuhan belia berasaskan Islam, ABIM berpandangan berlaku kelompongan pengajaran agama khususnya apabila para remaja tamat sekolah menengah.  ”Sistem pendidikan agama nampaknya tidak mencukupi. Apabila pelajar-pelajar ini tamat tingkatan lima, tidak ada penerusan dalam pembelajaran agama. Di sinilah perlunya program pendidikan Islam lanjutan yang tidak formal bagi mereka kerana pengaruh persekitaran kepada golongan ini sangat kuat.

“Saya dapati anak-anak muda yang telah melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau yang bekerja kilang misalnya (mula berkerjaya) sukar untuk menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid. Mungkin jiwa mereka tidak sesuai di sana kerana masjid-masjid lebih banyak dipenuhi golongan dewasa dan warga emas.

“Jadi sebagai alternatifnya, kita perlu wujudkan seberapa banyak pusat pendidikan Islam untuk golongan muda. Kerajaan pula perlu memperkenalkan program peringkat nasional dengan lebih tersusun,” kata Muhamad Razak lagi.  ABIM, tambahnya, bercadang akan memulakan inisiatif ini dengan menubuhkan Pusat Pendidikan Lanjutan Pengajian Islam untuk para belia. Perkara ini mungkin akan dilakukan dengan kerjasama masjid-masjid, dan modul khas akan dirangka agar pengajian dapat dijalankan secara bersilibus.

Akhir sekali, peranan ibu bapa tetap menduduki tempat utama bagi membantu mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia dan remaja. Ibu bapa perlu memberi perhatian serius terhadap tingkah laku dan pergerakan anak- anak di luar mahupun di dalam rumah. Perkara-perkara seperti pergaulan bebas dan akses yang mudah kepada bahan-bahan pornografi perlu dielakkan serta dipantau dari semasa ke semasa.

petikan akhbar: Minda-Capai gejala sosial sifar

FAKTA sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang seperti yang dikesan Kementerian Pelajaran baru-baru ini adalah sangat mengejutkan dan memerlukan perhatian serta tindakan drastik semua pihak dalam mencari jalan mengekang dan mengkaji di mana puncanya sehingga boleh berlaku kes sedemikian.


Kes boleh dikategorikan sebagai perlakuan seks luar nikah atau perzinaan yang dilarang agama dan berbahaya jika dilihat daripada aspek kesihatan seksualiti sehingga boleh menyebabkan penyakit kelamin dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu membendung aktiviti perzinaan ini daripada berlaku di kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti seks luar nikah adalah perhubungan seksual tidak sihat, perlu dihalang daripada menjalar di dalam masyarakat agar tidak menjadi budaya songsang di kalangan generasi muda di negara ini.

Dilaporkan 12 daripada kes serius ini berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar di mana siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan aktiviti seks suka sama suka antara pasangan manakala hanya satu kes saja membabitkan rogol dan semua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing.

Ini belum lagi termasuk kes yang membabitkan pelajar sekolah ditangkap khalwat, masalah buang bayi, lari rumah mengikut teman lelaki dan sebagainya yang perlu dikekang segera oleh pihak yang bertanggungjawab.

Maklumat yang sangat menakutkan ini berdasarkan sumber yang diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) yang mana agensi bertanggungjawab ini mempunyai akses serta pengetahuan langsung berkenaan kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah di negara ini.

Oleh yang demikian, semua pihak perlu bermusyawarah dan bekerjasama secara sistematik termasuklah ibu bapa dan guru melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang cukup berpengaruh serta efektif dalam mencari alternatif terbaik serta formula paling mujarab menangani masalah kritikal ini.

Dalam hal ini semua pihak tidak boleh menyalahkan sesiapa pun atau menuding jari kepada pihak lain tetapi sebaliknya berusaha merancang pelan tindakan bersepadu membendung isu kritikal dan serius ini di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah sama ada membabitkan aspek keagamaan dan moral, aplikasi psikologi pendidikan yang mantap dan pendidikan kesihatan yang konsisten agar masalah sosial ini dapat dikekang dengan bijaksana.

Aspek perundangan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia membabitkan pelajar sekolah bawah umur yang mana sudah tentu ada undang-undang tertentu mengawalnya.

Sehubungan itu, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling (B&K) telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan. Ini kerana kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga di samping rapuhnya pegangan serta didikan agama masing-masing.

Untuk itu, benteng agama di kalangan pelajar hendaklah diperkukuh serta dimantapkan lagi agar mereka tidak jauh tersasar dan menyeleweng daripada landasan agama.

Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga agar lebih bersikap prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka.

Kementerian juga dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah merancang dan melaksanakan beberapa program untuk mendidik pelajar lelaki dan perempuan mengenai seks dan seterusnya mereka diminta berikrar secara bertulis agar menjaga kehormatan diri sehingga ke malam pengantin (alam perkahwinan) setelah tamat program berkenaan.

Ini adalah pembaharuan drastik di dalam penambahbaikan sistem akhlak dan moral pelajar negara yang perlu dilaksanakan segera sebagai mekanisme menghalang aktiviti tidak sihat daripada berleluasa di dalam sistem persekolahan menengah dan rendah di seluruh negara.

Mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar mengandung luar nikah jika wujud keperluan yang bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa dan bukan sebagai galakan kepada remaja untuk terjebak dengan perbuatan hamil luar nikah dilihat tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini.

Cadangan itu tidak akan menyelesaikan masalah gejala pembuangan bayi malah, dikhuatiri akan menggalakkan lebih ramai pelajar terbabit dalam perbuatan yang sumbang dan tidak bermoral itu. Oleh yang demikian, kita perlu menutup mana-mana pintu saddu zarai’k (menutup ruang maksiat) yang boleh menggalakkan perlakuan keji berkenaan di kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah ke arah merealisasikan impian gejala sosial sifar.

Penulis seorang guru


Sumber : Harian Metro



Tuesday 17 April 2012

cara mengatasi masalah gejala sosial remaja


Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

PERANAN IBU BAPA
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.

Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

 Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak


PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.


PERANAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

PERANAN MEDIA MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

PERANAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.

Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.




”Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Ar-Rum:41)


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.” (Ali-Imran: 104)
”Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ali-Imran : 110)


gejala sosial 4: penyalahgunaan dadah

Pengenalan 

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini,mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan,terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama,penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.


Faktor Penyalahgunaan Dadah



Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

  1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
  2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
  3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
  7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
  9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
  10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
  11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
  12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
  13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama. 

Komplikasi 
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
• Kebersihan dan kesihatan diri
• Kesihatan mental
• Prestasi pelajaran
• Hubungan sosial
• Status kewangan

Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
• Penggunaan pelbagai jenis dadah
• Aktiviti jenayah
• Kaum keluarga
• Masalah perubatan
• Masalah psikiatri
• Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)


Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
• Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
• Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
• Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
• Methadone - Ketagihan ubat penenang
• Nikotin - Ketagihan rokok

Pencegahan

Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan
dadah?
• Kesungguhan pada aktiviti yang lain
• Status sosioekonomi
• Pengaruh rakan sebaya
• Pengaruh ibu bapa
• Budaya dan etnik
• Nilai hidup yang sederhana
• Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
• Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
• Percaya diri sendiri
• Berkemahiran menyesuaikan diri
• Berkemampuan bangkit dari kegagalan
• Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
• Menghargai kesihatan
• Membina minat dan aktiviti yang baru
• Matang dalam fikiran
• Sokongan berterusan daripada keluarga

Seseorang itu perlu mendapatkan:
• Latihan menjadi afektif
• Sokongan masyarakat
• Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan

Melibatkan prosedur rawatan seperti:
• Terapi dadah gantian
• Pengurusan tingkah laku
• Kaunseling
• Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
• Latihan menjadi asertif
• Sokongan masyarakat
• Pengisian dan perlembagaan rohani

Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah. Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk:
• Pembangunan kemahiran
• Penempatan pekerjaan
• Pusat bantuan setempat




gejala sosial 3: masalah pembuangan bayi

Pengenalan
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini.. Sejak di zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta nak-anak perempuan di atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah mujarab dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.







Faktor-faktor


1. Kurang Kefahaman Agama
Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada batasnya.

2. Adat-adat yang menyusahkan perkahwinan 
Seterusnya, adat-adat yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak.

3. Keruntuhan institusi keluarga Islam
Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga. Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

4. Masyarakat sekeliling
Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan. Jadi masalah tidak akan berakhir jika semua ahli masyarakat mempunyai pemikiran seperti ini. Oleh itu, anak-anak remaja perlulah dikawal tingkah laku mereka supaya gejala membuang bayi tidak lagi berlarutan di masa hadapan.


Kesan
1) Merosakkan nama baik keluarga
2) Merosakkan kehidupan dan imej sendiri
3) Rasa bersalah terhadap anak
4) Anak itu terpaksa hidup sebagai anak yatim


Cara Mengatasi
1) Pihak berkuasa perlu membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat
terutamanya golongan remaja.
2) Program-program hiburan yang melampau yang merosakkan akhlak perlu dihentikan.
3) Ibu bapa perlu mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas
4) Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak.
5) Remaja yang didapati mengandung perlu menghubungi badan-badan tertentu dan mendapatkan bantuan
mereka kerana pembuangan bayi bukannya satu-satunya penyelesaian.

*** Koleksi Berita Buang Bayi - pengumpulan berita tentang pembuangan bayi






gejala sosial 2: merempit

Pengenalan

Gejala Mat Rempit merupakan gejala yang kian meruncing di negara kita kini. Gejala ini dikatakan semakin kritikal di mana anak-anak remaja seawal di sekolah rendah sehinggalah di peringkat menengah terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini. Gejala Mat Rempit ini dianggap satu fenomena kepada negara berikutan kerosakan akhlak di kalangan remaja di Malaysia menjadi seorang samseng jalanan. Kebanyakan Mat Rempit merupakan remaja Melayu iaitu 95% yang terlibat. Permulaan gejala Mat Rempit ini adalah disekitar Kuala Lumpur pada awal 80an dan merebak keseluruh negara hingga kini dan dikhuatiri semakin kronik jika tidak dibendung.



Menurut istilah, Mat Rempit merupakan penunggang motosikal yang dikaitkan dengan perlumbaan haram, gejala maksiat dan boleh membawa kepada gejala sosial yang lain seperti dadah, rompakan, gangguan seksual, rogol dan sebagainya. Biasanya Mat Rempit sinonim dengan perlumbaan haram di jalanan. Mat Rempit biasanya akan menggunakan motosikal sebagai alat untuk mereka berlumba sesama mereka dan melakukan aksi-aksi yang merbahaya yang boleh membawa kepada maut.  Jadi gejala ini perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana gejala ini sukar dirawat. Mereka lebih tertumpu kepada motosikal kapcai yang telah diubahsuai.  Antara motosikal yang sering diguna oleh Mat Rempit seperti Honda EX5, Yamaha RXZ dan sebagainya.


Kesan Aktiviti Rempit

Gejala rempit hanya mendatangkan satu gejala yang boleh memudarat sahaja, iaitu membahayakan penunggang atau dengan lebih tepatnya lagi membahayakan pelumba haram berkenaan. Tetapi jika diteliti sebetulnya aktiviti yang tidak bermoral ini mendatangkan pelbagai masalah kepada individu berkenaan, masyarakat, agama dan negara. Gejala ini turut memberi kesan negatif kepada aktiviti sosial,ekonomi, agama dan politik.

1. Sosial 
Dari segi sosial, mereka yang merempit ini biasanya boleh mengganggu ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Masalah penyalahgunaan dadah yang sering dikaitkan. Bahkan yang paling membimbangkan ialah pertaruhan yang dibuat bagi memenangi perlumbaan. Dalam kes rempit atau lumba haram ini menjadikan wanita sebagai pertama taruhan.  Remaja-remaja perempuan sanggup menggadaikan maruah mereka menjadi pembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan anggota kumpulan mat rempit. Jika teman lelaki mereka kalah didalam perlumbaan, maka akan dijadikan hadiah untuk dimiliki oleh mat rempit yang lain, yang memenangi perlumbaan tersebut. Gejala ini merupakan barah dalam masyarakat perlu ditangani dengan segera sekiranya kita tidak mahu lagi mendengar kes-kes anak luar nikah,pembuangan bayi dan gejala penyakit berbahaya AIDS dan sebagainya.

2. Ekonomi
Jika dilihat melalui perspektif ekonomi pula, Mat Rempit telah mensia-siakan waktu muda mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing. Tetapi peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan oleh rakyat asing lantaran kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara supaya seiring dengan kejayaan negara-negara maju yang lain.  . Kegiatan rempit ini akan menyumbang kepada kegiatan mencuri, meragut dan sebagainya, yang pastinya negara akan mengalami kerugian dan sebagainya, yang pastinya negara akan mengalami kerugian yang besar dari sudut ekonomi.



Hukuman kepada Pelumba Haram

Mat Rempit yang telah ditangkap akan dikenakan hukuman yang atas kesalahan yang dibuat.  Pihak polis biasanya akan menyita motosikal yang terlibat dengan kesalahan jalan raya.  Selain itu juga, Mat Rempit ini akan dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang trafik.







Kesimpulan
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi.





Gejala Sosial 1: GENGSTERISME


Pengenalan 
Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring degan kemajuan dan pembangunan negara. Thrasher (1961) mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara berunit,konflik dan mempunyai perancangan.

Biasanya terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah daripadanya jelas dan ada di antaranya yang memerlukan siasatan. Setiap kumpulan samseng mempunyai simbol dan ikonnya sendiri. Tidak kira sama ada mereka masih baru atau tidak penting dalam dunia gengsterisme ini, mereka mempunyai logo, tanda, atau isyarat mereka tersendiri.

Budaya gengsterisme


Faktor – Faktor Mempengaruhi Gengsterisme

1. Faktor keluarga
Keluarga adalah satu unit(kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merujuk kepada kombinasi ibu bapa yang tinggal serumah dan mempunyai anak. Kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme ini. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan sesetengah remaja hidup dalam keadaan terbiar. Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan kawan-kawan anaknya.

2. Faktor media massa
Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa yang diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Namun begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Media massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini semakin sukar di kawal. Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita. 

3. Faktor pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya merupakan rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan,dan rakan seperjuangan. Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan kumpulan geng atau samseng. Pembentukan kumpulan ini, telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing.

4. Faktor pencapaian akademik yang rendah
 Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gengster. Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu. Penglibatan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identiti yang tersendiri. Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan perhatian,pengiktirafan dan mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing.

Kesan- kesan 
  1. Kewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan negatif pada pihak sekolah. Ahli –ahli kumpulan sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. 
  2. Selain itu, gejala samseng ini juga akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah. 
  3. Gejala gengsterisme ini akan mewujudkan budaya takut dalam masyarakat. Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya mereka akan di paksa memberi wang, diperas ugut dan dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka. 
  4. Kewujudan gejala gengsterisme ini juga akan menyebabkan berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam. Jenis vandalisme yang dilakukan dengan melakukan contengan grafik pada harta benda awam seperti di tandas awam, bangunan-bangunan di tepi jalan dan telefon awam. Grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan kos yang banyak untuk membersihkannya.
Kesimpulan 
Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting. Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited.


Tuesday 10 April 2012

punca-punca masalah sosial




Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?

1- Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

2-Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebihmemahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramaipara remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

3-Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yangmemaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

4-Sikap Keluarga
Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak dipeduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.

Isu utama masalah sosial

Golongan remaja pada hari ini dihambat dengan pelbagai permasalahan yang semakin lama semakin bertambah jumlahnya, bukan berkurang. Ia boleh dibahagikan kepada empat isu utama iaitu Gaya Hidup, Akademik, Budaya Sosial dan Kekeluargaan seperti yang di senaraikan ini dan setiap satunya saling berkait antara satu sama lain:


Gaya Hidup
1.Boros berbelanja
2.Gaya hidup Bebas
3.Hedonisme
4.Kebaratan (Westernization) 
5.Disco / karaoke 
6.Kosmetik 

Budaya Kebaratan

Kebejatan Sosial
1.Lepak
2.Merokok / Dadah / Gam
3.Arak
4.Lumba Haram
5.Seks Bebas / Zina 
6.Bohsia / Bohjan
7.Pecah rumah/Ragut/Vandalisme 
8.Buli / Samseng
9.Rogol / Cabul / Lucah
10.Murtad / Black Metal / Ghotic 

Lumba Haram

Budaya Melepak


Akademik
1.Hilang Motivasi Belajar
2.Pencapaian Akademik Rendah
3.Hilang Tumpuan Belajar
4.Keciciran di Sekolah / Kelas
5.Keciciran Taraf Pencapaian (dropout)
6.Ponteng /Lawan Guru 

Gejala ponteng sekolah

Kekeluargaan
1.Kemiskinan
2.Penceraian Ibu Bapa
3.Kahwin Di Usia Muda
4.Keluarga Besar
5.Pekerjaan / Bekerja 
6.Ekonomi Diri / Keluarga
7.Keluarga “Dual Income” 
8.Sumbang Mahram
9.Keruntuhan Akhlak 
10.Keruntuhan institusi keluarga Islam

Sumbang mahram



“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl:125)




Mukadimah masalah sosial remaja


Pengenalan

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.

Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial  merangkumi berbagai perlakuan  negatif anggota  masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus  bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan  seorang kanak-kanak adalah mereka yang  berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan  1952,  kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur  di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Statistik Gejala Sosial Remaja

Di Malaysia,  remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.

Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut  Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan  bagi kesalahan jenayah harta benda  serta kekerasan. Daripada  jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan  boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

Jenayah yang dilakukan  oleh remaja  bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah  berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah  yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.

Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius  dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan  remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja  yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,  3763 kes pada tahun 1990  dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Satu lagi tabiat  remaja  yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran  mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian   di dua buah rumah pangsa  di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India  berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).


Ahlan Wasahlan

Asalamualaikum w.b.t...

Selamat datang ke blog kami yang kan memaparkan kisah-kisah tentang masalah remaja masa kini.
Kami akan mengupas tentang isu salah laku remaja.
Hayatilah setiap post ini agar dapat dijadikan pedoman bagi anak-anak remaja kita.


Saling Memberi Nasihat Antara Yang Muda dan Tua

Tidak ada sesuatu yang ALLAH S.W.T lebih mencintai kecuali seorang pemuda yang menasihati orang tu.
ALLAH S.W.T lebih mencintai seorang pemuda yang beribadat daripada seorang tua yang beribadat.
Ambillah masa muda kamu sebelum kamu menjadi orang tua yang tersangat tua dengan memperbanyakkan istighfar. Mudah-mudahan agama ini dapat ditolong di tangan kamu.